Perempuan Ketahui Haknya, Lelaki Ketahui Haknya
Oleh : Farizal Radzali
Bahagian perempuan adalah miliknya. Bahagian lelaki adalah amanahnya. Jangan perlekehkan faraid yang sebenarnya telah sempurna.
Perempuan Ketahui Haknya, Lelaki Ketahui Haknya
Oleh : Farizal Radzali
Bahagian perempuan adalah miliknya. Bahagian lelaki adalah amanahnya. Jangan perlekehkan faraid yang sebenarnya telah sempurna.
Mukadimah
Situasi ini diandaikan bahawasanya si mati telah meninggalkan waris dan sebuah rumah yang telah dimiliki sepenuhnya oleh si mati ketika hidupnya.
Waris-waris yang ditinggalkan oleh si mati adalah :
- ibu
- isteri
- anak perempuan
- abang
- kakak
Satu kes yang saya dengar di Pejabat Pusaka di Kedah. Salah seorang waris yang datang dari jauh, salah satu daerah di negeri Pahang datang untuk membuat permohonan harta pusaka di sini.
Dia ditanya tidak ada waris lainkah yang menetap di sini?
Dia cakap ada waris yang tinggal di Kedah ini. Dan dia menambah lagi bahawa dia adalah KEPALA WARIS, jadi dialah sahaja yang layak untuk membuat permohonan pusaka tersebut.
Sebenarnya SIAPAKAH YANG BERHAK MEMOHON PEMBAHAGIAN PUSAKA tersebut ?
No 1, 1st Floor, Susuran Senangin,
Pusat Perniagaan Shahab Utama,
Lebuhraya Sultanah Bahiyah,
05350 Alor Setar, Kedah
04-7327003/7005