Hibah

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

# KENAPA DAN MENGAPA PERLUNYA HIBAH INI DIBUAT?

Penyediaan Dokumen Hibah ini amatlah penting sebagai salah satu instrumen perancangan untuk keluarga selepas ketiadaan / kematian kita kerana;

Di dalam dokumen ini menerangkan tentang hak-hak dan juga takat pembahagian yang telah di buat oleh pemberi hibah tersebut kepada penerima yang dia kehendaki. Tidak kira samada penerima itu dikalangan ahli waris   (keluarga), anak angkat, ataupun hanya kenalan sahaja.
Takat pembahagian pula tidak terhad seperti takat pembahagian yang telah ditetapkan oleh faraid dan juga wasiat sebagai panduan.

Pemberi hibah berhak semasa hidupnya memberi hartanya kepada penerima hibah di kalangan sesiapa sahaja yang dia kehendaki  tanpa ada apa-apa paksaan dan begitu juga penerima hibah itu pula perlulah menerima dengan rela hati.
Manakala Perlaksanaan (implimentation) pindah milik dokumen pengisytiharan hibah ini berlaku selepas kematian pemberi hibah.

 

# KENAPA PULA SI PEMBERI SAMAADA AYAH ATAU IBU ATAU SEBAGAINYA TIDAK MEMBUAT PERTUKARAN PINDAH MILIK SECARA TERUS KEPADA PENERIMA YANG DIKEHENDAKI?

Berlainan pula sekiranya pemberi hibah  itu  mengambil keputusan untuk membuat pertukaran pindah milik secara terus kepada penerima semasa hayatnya tanpa membuat  dokumen pengisytiharan hibah.

Dengan mengambil dan terlaksananya langkah ini pemberi hibah itu sudah tidak berhak atas harta tersebut. Ini amatlah dikhuatiri penerima hibah tadi akan menjual atau mengabaikan pemberi hibah semasa pemberi masih hidup lagi.

Jadi dengan adanya dokumen pengisytharan hibah ini, segala harta-harta yang ingin diberikan kepada penerima itu akan sentiasa menjadi milik pemberi selagi mana pemberi masih hidup. Penerima akan menerima harta-harta tersebut selepas berlakunya kematian pemberi.

Uruskan harta anda sekarang.

HUBUNGI KAMI

 

 

 

 

No 1, 1st Floor, Susuran Senangin,

Pusat Perniagaan Shahab Utama,

Lebuhraya Sultanah Bahiyah,

05350 Alor Setar, Kedah

 04-7327003/7005           

 +60133488905

 assacio13@gmail.com

 

 

©2026 Adilah Salleh Associates. All Rights Reserved.

Search