
"KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI"
Tentang Kami
ADILAH SALLEH ASSOCIATES (ASA) merupakan sebuah syarikat yang bergiat dan berpengalaman luas di dalam menawarkan perkhidmatan Seminar, Latihan dan Perundingan dalam usaha memperkasa Sosio-Ekonomi umat Islam masa kini. Merupakan sebuah firma milik sepenuhnya (100%) bumiputera.
Sehingga kini Adilah Salleh Associates dengan kepakaran Panel Peguam-peguamnya telah berjaya membantu masyarakat Islam khasnya di dalam menyelesaikan kes melibatkan prosedur di mahkamah syariah, pengiraan dan pengesahan sijil faraid serta pengurusan harta pusaka tertangguh terutama disebabkan kekangan dalam mengeluarkan dan mengesahkan faraid di mahkamah syariah.
Matlamat & Objektif


Mewujudkan satu masyarakat yang sedar dan prihatin tentang perlunya menyelesaikan harta pusaka secepat mungkin dan mengikut konsep pembahagian sebenar.

Mengetahui prosedur terbaik bagi mengemukakan tuntutan harta pusaka dan proses pengeluaran perintah pembahagian.

Mengenalpasti masalah-masalah semasa yang berkaitan dengan persoalan yang melibatkan institusi-institusi berkaitan pengurusan harta pusaka.

Mencari penyelesaian kepada permasalahan semasa berkaitan pengurusan harta pusaka, wasiat, hibah dan harta sepencarian menurut perspektif Islam.

Membincangkan perkembangan-perkembangan terkini dalam persoalan pengurusan harta pusaka di Malaysia.